Popular Posts

Monday, June 27, 2011

mencari sinar


Saat seketika aku merenung gambar mu hatiku tertanya-tanya di manakah diri mu pergi setelah 5tahun lambaian perpisahan yang kau hulurkan padaku. Selama itu, aku menanti penuh harapan ,penuh kerinduan yang sering menerjah di sanubari ku saat aku terkenangkan memori kita bersama di mana kau dan aku pernah bergelar sahabat. Persahabatan merupakan sesuatu hubungan yang banyak memberi erti dalam hidup kita. Kadang-kadang aku terfikir sahabat la yang memainkan peranan dalam membantu kita menjalani  sebahagian kehidupan kita. Sahabat la juga rakan seperjuangan dalam kehidupan kita.
Myrna seorang gadis yang baik, comel, dan lincah yang tegur aku pada hari itu. Aku merupakan pelajar baru di sekolah tersebut pada mulanya terasa terasing tapi dengan keramahan Myrna menyebabkan aku berasa selesa. Aku ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Sera  kerana disebabkan ayah aku ditugaskan di situ. Aku pelajar tingkatan 1 yang baru bertatih untuk menjejak kaki di alam menengah. Aku ditempatkan di kelas 1u1 yang merupakan kelas agama. Aku yang memilih untuk meneruskan pengajian ku dalam aliran tersebut kerana aku sangat meminati bahasa Arab.
‘assalamualaikum , saya pelajar baru di kelas ini, nama saya Syarifah Nurfasida Aina,panggil aja Sida.’ Semua pelajar di dalam kelas tersebut terkejut dengan kehadiran aku seperti kilat itu. Aku merasakan takut tiba-tiba kerana semua mata terarah pada aku, tapi dalam kekalutan aku , aku masih sempat memandang kepada seseorang yang aku dapat rasakan kelainan.
‘wassalam, oh sida  marilah duduk dekat tepi saya, depa semua ni tercengang-cengang tengok awak sebab  awak cantik.’ Myrna menghulurkan salam dan aku menyambut tangan nya dengan mesra. Manisnya senyuman Myrna membuatkan aku terasa serasi dengannya.
‘eh awak ni, nama? Aku pada mulanya terasa malu tiba-tiba berasa selesa apabila ditegur begitu
‘saya Myrna tak dala duduklah.awk pelajar baru ke?’
‘ya, saya pelajar baru di sini, baru hari ini saya mendaftar masuk dan saya ditempatkan di kelas ini, saya terpaksa berpindah di sini kerana ayah saya bertugas sebagai anggota polis di sini’
‘oh tidak mengapa, mungkin susah untuk awak sesuaikan diri di sini. Tapi, percayalah saya kan ada, boleh tolong awak. Kita kawan kan?’
‘terima kasih awak memang baik hati’ senyuman Myrna penuh bermakna dan termateri hubungan persahabatan itu.

Tiba-tiba, aku dikejutkan oleh seorang pelajar lelaki yang datang berdiri di tepi meja aku. Aku agak tersentap melihat matanya kerana dia seorang lelaki yang tampan. Manis wajahnya. Membuat hatiku tiba-tiba berdegup hebat. Dalam kekalutan aku menyembunyikan perasaan ku ,dia telah menegur Myrna dan aku dapat rasakan bahawa Myrna tidak suka padanya. Myrna beritahu bahawa Ihsan selalu mengusiknya ketika di dalam kelas. Tiba-tiba hatiku menjadi cemburu. Aneh kenapa perasaan ini timbul sedangkan aku baru sahaja mengenali Ihsan. Oh tidak!!!! Aku masih muda untuk bermain cinta. Cinta??? Tergelak aku sendirian. Ada apa dengan cinta. Kakak ku sering tersenyum sendirian apabila dia merenung jauh gambar kekasihnya. Mungkin kah itu cinta??? Aku tidak mengerti apa sebenarnya cinta. Ah biarlah..
Keesokan harinya, aku pergi ke sekolah. Hatiku girang kerana aku ramai kawan. Myrna seperti kembar ku kerana ke mana sahaja kami berdua. Semakin hari, hubungan aku dengan Myrna tidak dapat diputuskan lagi. Kami bagai isi dengan kuku. Dia begitu rapat dengan keluarga ku. Myrna seorang gadis yang periang ,cantik tetapi nasibnya agak malang kerana kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dan kini dia hanya tinggal bersama neneknya yang sudah uzur di hujung kampung sana.
Baru aku tahu kenapa Myrna tidak menyukai ihsan. Ihsan telah meluahkan perasaannya bahawa dia sangat menyukai Myrna. Tetapi Myrna tidak suka padanya kerana Ihsan mempunyai ramai peminat. Termasuk kah aku??? Oh tidak, aku hanya mengagumi anugerah Allah kepada hamba-Nya . Myrna juga beritahu bahawa masih belajar lagi, jadi waktu untuk bercinta bukanlah satu perkara yang sesuai. Myrna sempat menunjukkan warkah-warkah dari Ihsan kepadanya. Aku berkesempatan untuk membaca.
Myrna,
Awak tahu kan saya sukakan awak dari kita sekolah rendah lagi, tapi awak tidak pernah layan saya dengan baik. Meskipun saya tidak kisah kerana satu daya tarikan yang ada pada awak membuatkan hati saya terpikat dan saya janji dengan diri saya , saya akan berusaha untuk menjadikan awak pasangan hidup saya suatu hari nanti. Awak adalah insan yang sangat istimewa buat saya. Saya sanggup menunggu awak sehingga akhir hayat saya. Tiada apa yang menggembirakan hati saya selain awak selalu berada di hadapan mata saya. Saya berharap awak nanti tidak akan menghampakan saya. Saya terlalu menyayangi awak Myrna, tiada perempuan lain yang bisa mengganggu gugat perasaan saya terhadap awak walaupun secantik mana pun dia.
Yang menyayangi mu ,
IHSAN
Terkedu aku seketika membacanya. oh inilah cinta sebenar. Cinta yang memerlukan pengorbanan dan juga kejujuran. Hebat sungguh ihsan kerana dia berjaya meluahkan perasaanya kepada myrna meskipun dia tahu Myrna tidak ambil serius dalam hal ini. Jauh di sudut hati aku, aku berjanji akan menyatukan mereka apabila dewasa nanti.
            Sudah 5tahun aku berada di sini, dan 5tahun jugalah Myrna menjadi teman ku. Tahun ini, kami akan memgmbil peperiksaan penting iaitu SPM. Aku sangat takut tapi kerana ada Myrna di sisi hilang segala kekusutan di hati. Aku Nampak semakin hari Myrna semakin cantik dan menjdi kegilaan setiap pelajar lelaki di sini. Tidak kurang juga aku, berpuluh-puluh surat kami terima untuk jadi adik angkat la, kakak angkatla, makwe pun ada. Tapi aku dan Myrna buat tak tahu sahaja. Bagi kami itu semua tidak penting yang penting adalah belajar dan berusaha bersungguh-sungguh.
“Ok semua pelajar, hari ini kita belajar mengenai Janjang Arimatik dan juga janjang geometrik. Ini adalah markah ujian kamu minggu lepas” ulas cikgu Ain
“Myrna kamu dapat berapa ujian yang lepas?” tanyaku kepada Myrna
“aku dapat markah full la, kamu sida ?” jelas Myrna dalam keadaan gembira namun aku dapat lihat dia terfirkan sesuatu. Aku tidak pasti apa yang dia fikirkan.
“Myrna aku pun dapat full macam kau. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh yer semoga kita berjaya nanti. Eh macam na dengan Ihsan ? ada perkembangan terbaru ker?” usikku
“kamu ni Sida. Tak habis-habis usik saya eh? Entahla Sida saya rasa macam tidak sempat jer untuk menjadi pasangan hidup Ihsan nanti. Awak janji dengan saya awak mesti  teruskan hidup dan jadi seorang doktor itukan cita-cita kita?” tanpa aku sedari airmata Myrna sudah bertakung tunggu untuk jatuh sahaja. Beberapa saat sahaja aku sudah berada dalam pelukannya. Aku merasakan Myrna sembunyikan sesuatu.
“amboi, dua orang ini macam orang bercinta jer. Jangan tau melanggar fitrah tu. Hahahhaah” sergah Ihsan tiba-tiba.
“ish terkejut aku, napa kau jeles ker xdapat peluk Myrna?” aku pula mula mengusik. Aduh sakitnya, cepatnya tangan Myrna mencubit pehaku.
“ mestilah jeles, eh naper awak nangis Myrna? Awak tidak sihat ker?
Xderlah myrna……
................bersambung..........

No comments:

Post a Comment