Popular Posts

Monday, June 27, 2011

mencari sinar


Saat seketika aku merenung gambar mu hatiku tertanya-tanya di manakah diri mu pergi setelah 5tahun lambaian perpisahan yang kau hulurkan padaku. Selama itu, aku menanti penuh harapan ,penuh kerinduan yang sering menerjah di sanubari ku saat aku terkenangkan memori kita bersama di mana kau dan aku pernah bergelar sahabat. Persahabatan merupakan sesuatu hubungan yang banyak memberi erti dalam hidup kita. Kadang-kadang aku terfikir sahabat la yang memainkan peranan dalam membantu kita menjalani  sebahagian kehidupan kita. Sahabat la juga rakan seperjuangan dalam kehidupan kita.
Myrna seorang gadis yang baik, comel, dan lincah yang tegur aku pada hari itu. Aku merupakan pelajar baru di sekolah tersebut pada mulanya terasa terasing tapi dengan keramahan Myrna menyebabkan aku berasa selesa. Aku ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Sera  kerana disebabkan ayah aku ditugaskan di situ. Aku pelajar tingkatan 1 yang baru bertatih untuk menjejak kaki di alam menengah. Aku ditempatkan di kelas 1u1 yang merupakan kelas agama. Aku yang memilih untuk meneruskan pengajian ku dalam aliran tersebut kerana aku sangat meminati bahasa Arab.
‘assalamualaikum , saya pelajar baru di kelas ini, nama saya Syarifah Nurfasida Aina,panggil aja Sida.’ Semua pelajar di dalam kelas tersebut terkejut dengan kehadiran aku seperti kilat itu. Aku merasakan takut tiba-tiba kerana semua mata terarah pada aku, tapi dalam kekalutan aku , aku masih sempat memandang kepada seseorang yang aku dapat rasakan kelainan.
‘wassalam, oh sida  marilah duduk dekat tepi saya, depa semua ni tercengang-cengang tengok awak sebab  awak cantik.’ Myrna menghulurkan salam dan aku menyambut tangan nya dengan mesra. Manisnya senyuman Myrna membuatkan aku terasa serasi dengannya.
‘eh awak ni, nama? Aku pada mulanya terasa malu tiba-tiba berasa selesa apabila ditegur begitu
‘saya Myrna tak dala duduklah.awk pelajar baru ke?’
‘ya, saya pelajar baru di sini, baru hari ini saya mendaftar masuk dan saya ditempatkan di kelas ini, saya terpaksa berpindah di sini kerana ayah saya bertugas sebagai anggota polis di sini’
‘oh tidak mengapa, mungkin susah untuk awak sesuaikan diri di sini. Tapi, percayalah saya kan ada, boleh tolong awak. Kita kawan kan?’
‘terima kasih awak memang baik hati’ senyuman Myrna penuh bermakna dan termateri hubungan persahabatan itu.

Tiba-tiba, aku dikejutkan oleh seorang pelajar lelaki yang datang berdiri di tepi meja aku. Aku agak tersentap melihat matanya kerana dia seorang lelaki yang tampan. Manis wajahnya. Membuat hatiku tiba-tiba berdegup hebat. Dalam kekalutan aku menyembunyikan perasaan ku ,dia telah menegur Myrna dan aku dapat rasakan bahawa Myrna tidak suka padanya. Myrna beritahu bahawa Ihsan selalu mengusiknya ketika di dalam kelas. Tiba-tiba hatiku menjadi cemburu. Aneh kenapa perasaan ini timbul sedangkan aku baru sahaja mengenali Ihsan. Oh tidak!!!! Aku masih muda untuk bermain cinta. Cinta??? Tergelak aku sendirian. Ada apa dengan cinta. Kakak ku sering tersenyum sendirian apabila dia merenung jauh gambar kekasihnya. Mungkin kah itu cinta??? Aku tidak mengerti apa sebenarnya cinta. Ah biarlah..
Keesokan harinya, aku pergi ke sekolah. Hatiku girang kerana aku ramai kawan. Myrna seperti kembar ku kerana ke mana sahaja kami berdua. Semakin hari, hubungan aku dengan Myrna tidak dapat diputuskan lagi. Kami bagai isi dengan kuku. Dia begitu rapat dengan keluarga ku. Myrna seorang gadis yang periang ,cantik tetapi nasibnya agak malang kerana kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dan kini dia hanya tinggal bersama neneknya yang sudah uzur di hujung kampung sana.
Baru aku tahu kenapa Myrna tidak menyukai ihsan. Ihsan telah meluahkan perasaannya bahawa dia sangat menyukai Myrna. Tetapi Myrna tidak suka padanya kerana Ihsan mempunyai ramai peminat. Termasuk kah aku??? Oh tidak, aku hanya mengagumi anugerah Allah kepada hamba-Nya . Myrna juga beritahu bahawa masih belajar lagi, jadi waktu untuk bercinta bukanlah satu perkara yang sesuai. Myrna sempat menunjukkan warkah-warkah dari Ihsan kepadanya. Aku berkesempatan untuk membaca.
Myrna,
Awak tahu kan saya sukakan awak dari kita sekolah rendah lagi, tapi awak tidak pernah layan saya dengan baik. Meskipun saya tidak kisah kerana satu daya tarikan yang ada pada awak membuatkan hati saya terpikat dan saya janji dengan diri saya , saya akan berusaha untuk menjadikan awak pasangan hidup saya suatu hari nanti. Awak adalah insan yang sangat istimewa buat saya. Saya sanggup menunggu awak sehingga akhir hayat saya. Tiada apa yang menggembirakan hati saya selain awak selalu berada di hadapan mata saya. Saya berharap awak nanti tidak akan menghampakan saya. Saya terlalu menyayangi awak Myrna, tiada perempuan lain yang bisa mengganggu gugat perasaan saya terhadap awak walaupun secantik mana pun dia.
Yang menyayangi mu ,
IHSAN
Terkedu aku seketika membacanya. oh inilah cinta sebenar. Cinta yang memerlukan pengorbanan dan juga kejujuran. Hebat sungguh ihsan kerana dia berjaya meluahkan perasaanya kepada myrna meskipun dia tahu Myrna tidak ambil serius dalam hal ini. Jauh di sudut hati aku, aku berjanji akan menyatukan mereka apabila dewasa nanti.
            Sudah 5tahun aku berada di sini, dan 5tahun jugalah Myrna menjadi teman ku. Tahun ini, kami akan memgmbil peperiksaan penting iaitu SPM. Aku sangat takut tapi kerana ada Myrna di sisi hilang segala kekusutan di hati. Aku Nampak semakin hari Myrna semakin cantik dan menjdi kegilaan setiap pelajar lelaki di sini. Tidak kurang juga aku, berpuluh-puluh surat kami terima untuk jadi adik angkat la, kakak angkatla, makwe pun ada. Tapi aku dan Myrna buat tak tahu sahaja. Bagi kami itu semua tidak penting yang penting adalah belajar dan berusaha bersungguh-sungguh.
“Ok semua pelajar, hari ini kita belajar mengenai Janjang Arimatik dan juga janjang geometrik. Ini adalah markah ujian kamu minggu lepas” ulas cikgu Ain
“Myrna kamu dapat berapa ujian yang lepas?” tanyaku kepada Myrna
“aku dapat markah full la, kamu sida ?” jelas Myrna dalam keadaan gembira namun aku dapat lihat dia terfirkan sesuatu. Aku tidak pasti apa yang dia fikirkan.
“Myrna aku pun dapat full macam kau. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh yer semoga kita berjaya nanti. Eh macam na dengan Ihsan ? ada perkembangan terbaru ker?” usikku
“kamu ni Sida. Tak habis-habis usik saya eh? Entahla Sida saya rasa macam tidak sempat jer untuk menjadi pasangan hidup Ihsan nanti. Awak janji dengan saya awak mesti  teruskan hidup dan jadi seorang doktor itukan cita-cita kita?” tanpa aku sedari airmata Myrna sudah bertakung tunggu untuk jatuh sahaja. Beberapa saat sahaja aku sudah berada dalam pelukannya. Aku merasakan Myrna sembunyikan sesuatu.
“amboi, dua orang ini macam orang bercinta jer. Jangan tau melanggar fitrah tu. Hahahhaah” sergah Ihsan tiba-tiba.
“ish terkejut aku, napa kau jeles ker xdapat peluk Myrna?” aku pula mula mengusik. Aduh sakitnya, cepatnya tangan Myrna mencubit pehaku.
“ mestilah jeles, eh naper awak nangis Myrna? Awak tidak sihat ker?
Xderlah myrna……
................bersambung..........

Wednesday, June 22, 2011

PANDUAN


Beberapa panduan Imam Al- Ghazali

Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak
bersifat sombong dan angkuh

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah
kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana
kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada
kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama
beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang
telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih
mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam
kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan
mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih
mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf
dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam
hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan
diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka
segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

"KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI"

ANTARA LOBAK, TELUR DAN KOPI


"Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,
direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.

Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?

Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?


sedikit pengetahuan


BAGAIMANA MENGENALPASTI CERMIN 2 ARAH ?

Ketika kita masuk ke toilet, kamar mandi, kamar hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat dimana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Lalu, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?

Kalau di bilik polis, apalagi di ruang soal siasat, sudah boleh dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap)antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, bisa dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

LATIHAN INDUSTRI DI JKR HULU PERAK GERIK

dah lama aku xupdate blog aku...sory yer kengkawan yang follow aku......beri aku peluang sekali lagi.....plesssssssssssssss( muka monyok)
sudah hampir 2bulan aku menjalani Latihan industri di sini, aku merasakan banyak pengalaman yang aku lalui dan alami..pengalaman yang xleh dicari ganti..pengalaman yang sangat BERHARGA....aku berbangga menjadi seorang pelatih industri yang boleh menyumbang tenaga walaupun tidak diberi bayaran elaun (ikhlas la katakan)...sekrang ni, dh pening kepala aku nak wat report...entah ke apa2 aku tulis report nanti....huhuhuuhuh (sedih tetiba) senyum......xperlu kata apa2...hihii mcm2 lak aku nie...... xperla nanti habis jer L.I kat sini aku balik la TM semula untuk menyiapkan report disamping discuss dengan lecturer....( bodek2 sikit) hihihiih mana la tau ada rezeki dapat markah tinggi walaupun aku ni entah ke apa2 kan.....
    sepanjang aku menjalani LI disini, mcm2 aku leh tgok....kat sini suasana dia cntik sesangat...nnti aku masukkan gambar.....dahla cantik tenag plk tuh...besela bangunan barula katakan.....(eleh ayat jeles) hihiihih mana ada....aku xjeles la tp ader la sikit2...hihihiih (mengaku pun).....walaupun JKR ini bukan sebuah badan yang sesuai mengikut kursus aku tapi aku cuba laksanakan latihan industri sebaikmungkin.....aku ni cikgu mate g suruh plk tengok bahgian jalan dengan bangunan......warghhhhhhhh terpesong suda apa yang aku belajar.....tp xper sekurg2nya aku ni berbakat la jugak dalam projek2 bangunan nie......hihihihi (bangga tetiba) opsssssssss g tgok jer.memg hebat .......( ,'')(malu)
setakat ni dulula......esok2 aku update lagi ya.....

Friday, November 26, 2010

EXAM MOOD

minggu ni dah start pun exam.......hari ni paper last aku...sementara menunggu ga 1 minggu untuk 2 paper lg.......esok aku nk blik kampung.....wah sonoknya.....